biarlah cinta pada yang sudi menerima

biarlah cinta pada yang sudi menerima

Saturday, 8 October 2011

HARI PALING GEMBIRA

TITLE:HARI INI AMAT INDAH
Hari ini amat indah bagiku..apa yang aku nak telah dihajatkan..kasih yang ku pendam slama ini telah pergi buat slama-lamanya..sedih masih terasa hingga kini..tapi kata orang-orang tua,hidup mesti diteruskan..bagi aku,biarlah dia pergi & jangan kembali lagi seperti mana cinta yang dia curahkan dulu…pahit cukuplah sekali..jangan alami lagi hal yang sudah lepas..aku sekarang cuba mengenali seseorang yang bagiku amat cantik,bbijak orangnya & bertatatertib..tapi fobia yang pernahku alami dulu mcammana pula..??adakah ia akan ulangi lagi perkara yang lalu…aku akan cuuba untuk memelikinya..akan ku cuba sedaya-upaya walau tergadai maruah social sekalipun..kini,aku telah Berjaya memikat hatinya..tah la ada respon @ tidak…aku masih ragu-ragu jugak..tapi x pa..skurangnya aku mencuba…baik & buruk itu dating dari takdir kita sendiri..kita hanya mampu merancang,tuhan menentukan sgalanya..aku harap & berdoa agar itulah jodoh aku akhir nanti…amin…sekian dulu typer aku kali ini…assalamualaikum.w.b.t…

Tuesday, 13 September 2011

SKETSA HIDUP

emmm..hai kawan2...aku rini nak kongsi kit crita aku kpada korang....mklomla aku x dk sapa nk ceritakan pn...emm prasaan aku terganggu slepas aku berpisah dengan ex aku...bukan stakat berpisah,nk kata break pn bleh la... tapi yang menjadi sendu abeh hati & prasaan skarang nie aku sayang kat dia sgt2...tpi dia p macam 2 ja tanpa menoleh blakang...aku rasa begitu teruji jugak la...stiap hari aku pasti sbut nama dia...kdg2 bla dfikirkan blex, smpai mngalir air mata pun ad jgak..aku x taw nak buat macamna lagi dah...semua aku buat x kena...bagi aku khadiran dia dalam hidup aku amat brmkna..x sgka aku dprtemukan dalam masa yg singkat ja....aku amat memerrlukan dia...hidup aku seolah-olah x tentu...mana lah ad pgnti seperti dia...dia x la lawa sangat...tpi aku minat dengan cara dia..aku harap suatu hari nanti aku akn jmpa pgnti dia................................amin...........

SILAT SELENDANG MERAH

Selendang merah kebanyakkannya lebih dikenali oleh golongan tua masa kini berikutan dengan pergerakkan pasukan atau pun Tentera Selendang Merah ini amat aktif dan terkenal ketika Tanah Melayu dikuasai komunis. Pengasas dan pemimpin yang dihormati Selendang Merah adalah Kiyai Panglima Salleh di mana Pergerakan Selendang Merah mula berputik di selatan tanah air, Batu Pahat ketika rakyat Tanah Melayu bersatu menentang komunis.
Pergerakan Tentera Selendang Merah mula terkenal dan semakin tersebar diseluruh tanah air di kalangan orang Melayu selari dengan kebangkitan orang Melayu dalam menentang komunis. Berbekalkan pegangan Tentera Selendang Merah iaitu amalan Ayat Empat dan semangat juang yang kental, nama Tentera Selendang Merah digeruni pihak musuh dan dihormati rakyat tempatan.
Dewasa ini, nama Selendang Merah masih lagi kedengaran dan kesinambungan serta warisan Selendang Merah tetap diteruskan di kalangan orang Melayu. Amalan Ayat Empat yang diwarisi secara perguruan di dalam PERTUBUHAN SENI SILAT KUNTAU SELENDANG MERAH dijaga dan diteruskan hingga ke hari ini selaras dengan semangat yang kuat serta penghayatan yang tinggi seperti mana yang telah diwujudkan oleh Kiyai Panglima Salleh dan Tentera Selendang Merah yang terdahulu.


PERTUBUHAN SENI SILAT KUNTAU SELENDANG MERAH telah ditubuhkan oleh GURU UTAMA pertubuhan, Datuk Hj. Baharom bin Kamari dan telah berdaftar secara sahnya pada tahun 2000. Kuntau bermaksud keras atau lebih dikenali sebagai berlaga (pok) dan kuntau boleh diertikan sebagai usaha tanpa henti. Sejarah gerakan kuntau ini dipercayai diasaskan di Tanah Jawa Timur di sebuah daerah yang dikenali sebagai PONOROGO dalam sekitar kurun ke-14. Kuntau adalah sejenis ilmu pertempuran Melayu tua di mana kesemua gerakan jurus dan buah pukulan kuntau bersifat norma pergerakan dan perlakuan manusia sekaligus tiada konsep bunga tari mahupun bunga sembah di dalam kuntau.
Gerakan kuntau dipercayai bermula ketika zaman penjajahan Belanda ke atas Tanah Jawa di mana kebanyakan ilmu kuntau diasaskan oleh golongan petani yang bangkit menentang kezaliman Belanda ketika itu. Ilmu tempur kuntau adalah hasil daripada petua dan teknik perang yang telah ditemui serta diamalkan oleh para pejuang ketika itu. Seni silat kuntau ini dilihat dan dinilai dari segi kemantapan gerakan jurus dan ketangkasan serta kebijaksanaan dalam berlaga.
Silat kuntau selendang merah mempunyai 9 jurus pukulan yang wajib dipelajari di mana kesemua jurus ini sememangnya fokus kepada teknik serangan dan belaan yang amat mudah didalami serta dikuasai oleh pesilat. Pada peringkat asalnya, gerakan kuntau ini hanya mengambil masa 3 bulan untuk dikuasai tetapi sesuatu itu berlaku dan berubah mengikut zaman lantas sistem pembelajaran ilmu kuntau ini disesuaikan mengikut masa. Silat kuntau mula bertapak di Tanah Melayu apabila sejumlah orang-orang kuntau berhijrah dan menetap di daerah Batu Pahat, Johor serta semakin tersebar di pelusuk Tanah Melayu hingga kini.

Saturday, 10 September 2011

PAHIT MANIS KEHIDUPAN

RAHSIA DISEBALIK NAMA:-

-Aku mengenali seorang Muallaf dari ulu pedoh, dalam kawasan gombak. 2-3 kali kami menim bersama dan bersembang bersembang mengenai isu semasa dan dari hal keagamaan. dia memilih nama Islam sebagai Hamzah, mungkin kerana mengagumi keadaan bapa saudara nabi Muhammad SAW yang hebat dan bersemangat kental. menurutnya, sudah hampir lapan tahun dia memeluk agama Islam kerana kagum dengan kemurnian ajarannya.
banyak benda menarik yang mungkin baru bagiku yang diucapkan oleh Hamzah. antaranya adalah tentang nama2 yang sesetengahnya amat berhubungan rapat dengan pegangan aqidah dalam sesuatu agama. dia menyatakan orang india yang majoritinya beragama hindu di malaysia sebenarnya mempunyai nama2 berunsur ketuhanan dan kedewaan dalam agamanya. dewa dalam agama hindu yang amat banyak dengan nama yang pelbagai akan diberikan kepada anak2 yang baru lahir untuk mengukuhkan aqidah mereka.
dia menyatakan bahawa nama dewa hindu amat berkait rapat dengan patung serta berhala yang terdapat dalam agama hindu. itulah sebabnya orang hindu sesetengahnya amat sukar untuk menukar agamanya kerana ada pengaruh dewanya dalam dirinya. apabila dipanggil tiap2 hari dengan panggilan tersebut, maka akan makin menjadi serasi dengan dirinya dan apabila mahu menukar agama kepada Islam akan menghadapi berbagai2 dugaan.
dia menceritakan terdapat satu kes seorang gadis melayu yang murtad dan masuk agama hindu kerana cinta dan dipujuk oleh seorang pemuda india yang beragama hindu. gadis itu kemudiannya diberikan nama salah satu dewi hindu, seterusnya dibawa ke kuil untuk melakukan upacara hindu supaya mantap di hatinya kepercayaan agama hindu. apabila keluarga si gadis mengetahui keadaan gadis tersebut yang bertukar agama, maka keluarganya amat marah. keluarganya amat marah dengan keadaan tersebut dan bertindak mencari gadis itu serta mengurungnya untukl dipulihkan.
dalam sebuah bilik diadakan ikhtiar untuk memulihkan gadis tersebut. apa yang memeranjatkan apabila dibaca ayat2 Al-Qur'an, maka secara tiba2 gadis itu seolah2 lupa dirinya dan terus melompat dan menari melakukan tarian hindu. tarian itu sama seperti tarian yang dibuat di hadapan patung dalam kuil hindu. betapa hebat pengaruh nama hindu dan dewa dewi hindu kepada penganutnya.
setelah mendengar kisah dan cerita yang diceritakan oleh muallaf tersebut, memang benar dalam Islam bahawa pemberian nama amat dititikberatkan. Nabi SAW dalam banyak sabdanya menyatakan bahawa nama itu adalah suatu doa'. setiap kali seorang itu didipanggil dengan nama itu, maka setiap kali itu jugalah dia akan makin serasi dengan makna nama yang berada pada dirinya. sekiranya nama itu mengandungi makna yang buruk, pasti sedikit sebanyak akan kerkesan pada empunya diri. begitu juga apabila tibinya hari akhirat. seseorang juga akan dipanggil dengan nama yang dipanggil semasa hidupnya di dunia.

TIPS MENOLAK CINTA SAHABAT KARIB

1. Menyatakan kepadanya secara berterus-terang bahawa kamu tidak sesuai untuk bercinta dengannya kerana kamu menganggap dia adalah sahabat karib dunia dan akhirat.
2. Menyatakan kepadanya sekiranya kamu menjadi kekasihnya, kamu tidak mungkin boleh mengikut kehendak, arahan dan permintaannya.
3. Kamu dan dia tidak sesuai kerana, selama ini kamu bersikap brutal ketika bersama dia dan tiada ciri2 kekasih yang sejati.
4. Kamu tidak pernah terfikir untuk bercinta dengannya kerana ketika bersahabat pun anda tidak peduli dengan kehadirannya.
5. Menerangkan kepadanya bahawa masih ramai lagi gadis/jejaka diluar sana yang mempunyai ciri2 pasangan yang diidamkan olehnya.
6. Cuba mengelakkan diri kamu daripada bertembung dengannya ditempat kerja, sekolah atau ditempat yang anda dan rakan2 lain selalu berkumpul.
7. Jelaskan padanya anda lebih sayangkan ikatan persahabatan anda daripada menjadi seorang kekasih yang perlu ada komitmen dan bersifat setia.
8. Kamu jelaskan padanya bahawa kamu lebih mesra dan selesa sekiranya tetap terus berkawan sahaja kerana kamu sudah tahu perangainya ketika kamu menjadi sahabatnya dulu.
9. Nyatakan padanya bahawa kamu sudah mempunyai calon dan bakal kekasih yang sesuai dengan diri kamu. Tapi harus diingat jelaskan secara baik kerana kamu mungkin hilang kawan baik yang kamu sayang.

10. Bertegas dengan penderian kamu sekiranya kamu betul2 tidak dapat menerimanya. Ikut kata hati kamu dan jangan termakan pujuk rayu si dia. Akhir sekali katakan dan tegaskan kepadanya..

SATU CERITA

Seringkali kita dengar dan seringkali juga kita baca, pertemuan pertama berlaku dengan penuh romantis. Mata bertentang mata, kulit tersentuh kulit, proses pelanggaran yang tidak disengajakan dan banyak lagi detik-detik romantis yang pasti membuai perasaan setiap pembaca.
Detik pertemuanku tidaklah seromantis cerpen-cerpen cinta, tidak seromantis puisi nan indah. Pertembungan kami hanya biasa, normal. Pertama kali aku melihatnya ketika pendaftaran kem, hanya satu perkataan yang singgah di benakku, "pelik". Dengan seluar pendek '3 suku', dan topinya yang sangat tidak 'cool', dia nampak aneh. Dan dia juga jujur memberitahuku, dia melihat kelibat singa di wajahku pada ketika itu. Aku tertawa mendangar pengakuannya.
Pertemuan yang berlaku sewaktu kem tersebut telah mencipta satu hubungan persahabatan yang baru. Sejujurnya, aku tidak ingat bagaimana kami boleh menjadi rapat. Apabila aku cuba ingat kembali saat kami mula mesra, imej kami ketawa terbahak-bahak sewaktu mendengar ceramah yang membosankan menjelma. Situasi itu aneh bagiku, kerana aku dikenali dengan sikapku yang tidak peramah, tidak mudah mesra dan sombong apatah lagi dengan orang yang baru dikenali membuatku tertanya-tanya, kemana hilangnya sikap itu apabila bertemu dengannya. Apabila aku ujarkan pertanyaan tentang perkara tersebut, ringkas sahaja jawapannya, "aku kan peramah". Mungkin juga betul. Keramahannya membuatkan aku lupa sikap durjana yang sering diamalkan.

TANDA2 ORANG LELAKI MERAJUK

Diam Seribu BahasaDia diam je sepanjang ada dengan kita. Walaupun kita bercakap dengannya, dia hanya mengiayakan atau dia anggukkan kepalanya saja. Dia sikit pun tak akan layan kita seperti sebelum ini. Jika benda ini berlaku, sah lah tu dia merajuk dengan kita.
Buat Tak TahuDia akan buat tak tahu dengan kita. Jika kita minta tolong dengan dia seperti kemaskan meja ke, dia buat acuh tak acuh je. Paling teruk, dia buat-buat tak dengar (pekak betul-betul baru tau!). Ini cara protes yang paling teruk sebab dia bukan je buat kita geram tapi buat seolah-olah kita ni tak wujud.
Menolak Untuk Makan BersamaBila lelaki merajuk biasanya dia tak nak jumpa kita atau face to face dengan kita. Dia akan bagi alasan seperti "awak makan la dulu, saya kenyang lagi la..lagipun, saya dah makan dengan kawan saya tadi" (walhal perut lapar... nak uji dorang, kita dok je sila depan dorang, sambil makan.

SEBAB HUBUNGAN X MAMPU BERTAHAN

1. Menipu
Menipu adalah "pembunuh" utama dalam sebuah perhubungan. Ia umpama ledakan gunung berapi yang meletus hebat. Ada yang menipu untuk "menyelamatkan" sebuah perhubungan, namun mereka tidak mahu hati pasangan terluka. Sesetengah orang tidak dapat menerima bahawa hati mereka telah dipermainkan.
2. Harapan / Kebebasan
Ada pasangan meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada pasangannya malah mereka bergantung penuh kepada pasangan. Ada lelaki menyukai hal ini tetapi ada juga yang sebaliknya. Di sinilah timbulnya konflik yang mungkin menyebabkan hubungan terputus di tengah jalan. Ada pula lelaki yang inginkan kebebasan, tetapi dikongkong. Hal-hal beginilah membuatkan perhubungan tersekat.
3. Terlalu Memikirkan Aspek Perkahwinan
Perhubungan yang sihat biasanya berlangsung dalam suasana yang sangat harmonis. Ia perlu diisi dengan kasih sayang dan sikap saling memahami. Bila semua ini ada barulah perhubungan boleh sampai ke peringkat serius. Tapi sesetengah wanita, yang baru saja berkenalan terus saja mengharap akan ia berakhir dengan perkahwinan. Mereka takut jika perhubungan dijalinkan hanya sia-sia sahaja. Jadi kalau timbulnya konflik ini, perhubungan boleh menjadi cakap kosong saja..

BEBAS & BERDIKARI

      Jika terasa ingin membeli belah, jangan fikir lama-lama. Dengan kebebasan yang ada, anda boleh membuat apa sahaja yang anda suka, sama ada menonton wayang romantiks seorang diri atau ke salun kecantikan. Jika teringin mencuba stail rambut baru, pergilah ke salun dan dapatkan nasihat. Bukan sahaja kebebasan ini dapat memberi anda ruang untuk mebuat perkara yang diinginkan, anda juga dapat berkenalan dengan lebih ramai rakan baru tanpa perlu risau boyfriend berasa curiga..

PERINGATAN UNTUK WANITA

1. Urusan pertama yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajipannya atau tidak).
2. Apabila wanita itu lari dari rumah suaminya maka tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun).
3. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.
4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabda Nabi s.a.w., "Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia."
5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita yang halal nikah (kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli).

BAYU SETIA

·        
Macamane U nak eja. "C_NTA" kalau takde I,camne U nak eja "R_NDU" kalau takde I,camne u nak eja "H_DUP" tanpa I..sebab tu la dalam hati U kena sentiasa ada I supaya I tak hilang and jangan lupekan I..so,U kenala sayang I selalu ! If I'm the one that u wanna send,thank you so much ♥♥

AKU KESEPIAN

deruan air berlinangan di pinggir kali...burung2 brkicauan hgga kew ptg..... angin brtiup sepoi mnyaman udara pagi....tpi mna org yg mmpu mmbhgiakn aku..mna org yg nk mnemanku apbla kesepian.....yg dluwnya prgi tnpa diduga,yg brunya entah kew mna...btapa sepinya aku..wajahnya x mudah ku lupakn...rndu ni sparuh nyawa ku brsma jasad...sampai bla hrus derita kesepian............aku x sggp dhmpakn..

Tuesday, 6 September 2011

ARTIKEL BULAN KELAHIRAN

JANUARI
  • Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
  • Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
  • Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
  • Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
  • Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
  • Pandai mengambil hati orang lain.
  • Pendiam kecuali telah dirangsang.
  • Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
  • Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
  • Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
  • Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
  • Cukup sayang pada kanak-kanak.
  • Suka duduk di rumah.
  • Setia pada segala-galanya.
  • Perlu belajar kemahiran bersosial.
  • Sifat cemburu yang sangat tinggi
FEBRUARI
  • Berfikiran abstrak.
  • Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
  • Bijak dan pintar
  • Berpewatakan yang mudah berubah.
  • Mudah menawan orang lain.
  • Agak pendiam.
  • Pemalu dan rendah diri.
  • Jujur dan setia pada segalanya.
  • Keras hati untuk mencapai matlamat.
  • Tidak suka dikongkong.
  • Mudah memberontak apabila dikongkong.
  • Suka kegiatan yang lasak.
  • Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
  • Mudah mempamerkan marahnya.
  • Tidak suka benda yang remeh-temeh.
  • Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
  • Sangat berani dan suka memberontak.
  • Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
  • Pemerhatian yang tajam.
  • Suka hiburan dan sukan.
  • Suka benda yang bersifat seni.
  • Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
  • Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
  • Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
  • Belajar untuk mempamerkan emosi

  • MAC:
  • Berpesonaliti menarik dan menawan.
  • Mudah didampingi.
  • Sangat pemalu dan pemendam rasa.
  • Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
  • Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
  • Suka pada kedamaian.
  • Sangat peka pada orang lain.
  • Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
  • Tidak cepat marah dan sangat amanah.
  • Tahu membalas dan mengenang budi.
  • Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
  • Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
  • Suka berangan-angan.
  • Suka melancong.
  • Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
  • Kelam kabut dalam memilih pasangan.
  • Suka dengan hiasan rumahtangga.
  • Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
  • Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
  • Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan
APRIL
  • Sangat aktif dan dinamik.
  • Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
  • Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
  • Punya daya mental yang sangat kuat.
  • Suka diberi perhatian.
  • Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
  • Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
  • Sangat berani dan tiada perasaan takut.
  • Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
  • Emosi cepat terusik.
  • Cuba kawal perasaan.
  • Kecenderungan bersifat pendendam.
  • Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
  • Kuat daya ingatan.
  • Gerak hati yang sangat kuat.
  • Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
  • Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
  • Sangat cemburu dan terlalu cemburu
MEI
  • Keras hati & tegas.
  • Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
  • Pemikiran yang tajam.
  • Mudah marah apabila tidak dikawal.
  • Pandai menarik hati & perhatian orang lain.
  • Perasaan yang amat mendalam.
  • Cantik dari segi mental & fizikal.
  • Tidak perlu dimotivasikan.
  • Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
  • Mudah dipujuk.
  • Bersikap sistematik (otak kiri).
  • Suka berangan.
  • Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
  • Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
  • Daya khayalan yang tinggi.
  • Permikiran yang tajam.
  • Pandai berdebat.
  • Fizikal yang baik.
  • Kelemahan sistem pernafasan.
  • Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
  • Tidak berapa suka duduk di rumah.
  • Tidak boleh duduk diam.
  • Tidak punya ramai anak.
  • Rajin dan bersemangat tinggi.
  • Agak boros
JUN
  • Berfikiran jauh & berwawasan.
  • Mudah ditawan kerana sikap baik.
  • Berperangai lemah lembut.
  • Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
  • Idea yang terlalu banyak di kepala.
  • Bersikap sensitif.
  • Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
  • Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
  • Bersikap suka menangguh-nangguh.
  • Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
  • Cepat marah & cepat sejuk.
  • Suka bercakap & berdebat.
  • Suka buat lawak & bergurau.
  • Otaknya cerdas berangan-angan.
  • Mudah berkawan & pandai berkawan.
  • Seorang yang sangat tertib.
  • Pandai mempamerkan sikap.
  • Mudah kecil hati.
  • Mudah kena selsema.
  • Suka berkemas.
  • Cepat rasa bosan.
  • Sikap terlalu memilih & cerewet.
  • Kurang mempamerkan perasaan.
  • Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
  • Suka pada barang yang berjenama.
  • Mudah menjadi eksekutif.
  • Kedegilan yang tidak terkawal.
  • Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.
JULAI
  • Sangat suka didamping.
  • Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
  • Agak pendiam kecuali dirangsang.
  • Ada harga dan maruah diri.
  • Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
  • Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
  • Sangat menjaga hati orang lain.
  • Sangat peramah.
  • Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
  • Berjiwa sentimental.
  • Jarang berdendam.
  • Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
  • Tidak suka benda remeh-temeh.
  • Membimbing cara fizikal dan mental.
  • Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
  • Layanan yang serupa terhadap semua orang.
  • Tinggi daya simpati.
  • Pemerhatian yang tajam.
  • Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
  • Mudah dan rajin belajar.
  • Suka muhasabah diri.
  • Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
  • Suka mendiamkan diri.
  • Suka duduk di rumah.
  • Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
  • Tidak agresif kecuali terpaksa.
  • Lemah dari segi kesihatan perut.
  • Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
  • Minta disayangi.
  • Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
  • Terlalu mengambil berat.
  • Rajin dalam membuat kerja
OGOS
  • Suka berlawak.
  • Mudah tertawan padanya.
  • Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
  • Berani dan tidak tahu takut.
  • Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
  • Pandai memujuk orang lain.
  • Terlalu pemurah & bersikap ego.
  • Nilai harga diri yang sangat tinggi.
  • Dahagakan pujian.
  • Semangat juang yang luar biasa.
  • Cepat marah & mudah mengamuk.
  • Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
  • Sangat cemburu.
  • Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
  • Cepat berfikir.
  • Fikiran yang berdikari.
  • Suka memimpin & dipimpin.
  • Sifat suka berangan.
  • Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
  • Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
  • Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
  • Belajar untuk bertenang.
  • Sikap kelam kabut.
  • Romantik, pengasih dan penyayang.
  • Suka mencari kawan
SEPTEMBER
  • Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
  • Sangat cermat, teliti & teratur.
  • Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
  • Pendiam tapi pandai bercakap.
  • Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
  • Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
  • Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
  • Sangat sensitif yang tidak diketahui.
  • Seorang yang banyak berfikir.
  • Daya pentaakulan yang baik.
  • Otak bijak & mudah belajar.
  • Suka mencari maklumat.
  • Kawal diri dari terlalu mengkritik.
  • Pandai mendorong diri sendiri.
  • Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
  • Suka sukan, hiburan & melancong.
  • Kurang menunjukkan perasaannya.
  • Terluka hatinya sangat lama disimpan.
  • Terlalu memilih pasangan.
  • Sukakan benda yang luas.
  • Bersistematik
OKTOBER
  • Suka berbual.
  • Suka orang yang sayang padanya.
  • Suka ambil jln tengah.
  • Sangat menawan & sopan santun.
  • Kecantikan luar & dalam.
  • Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
  • Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
  • Sentiasa berkawan.
  • Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
  • Cepat marah.
  • Macam pentingkan diri sendiri.
  • Tidak menolong orang kecuali diminta.
  • Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
  • Tidak suka terima pandangan orang lain.
  • Emosi yang mudah terusik.
  • Suka berangan & pandai bercakap.
  • Emosi yang kelam kabut.
  • Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
  • Suka melancong, bidang sastera & seni.
  • Pengasih, penyayang & lemah lembut.
  • Romantik dalam percintaan.
  • Mudah terusik hati & cemburu.
  • Ambil berat tentang orang lain.
  • Suka kegiatan luar.
  • Seorang yang adil.
  • Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
  • Mudah patah semangat
NOVEMBER
  • Banyak idea dalam perkara.
  • Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
  • Berfikiran kehadapan.
  • Berfikiran unik dan bijak.
  • Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
  • Pemikiran yang tajam.
  • Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
  • Sesuai jadi seorang doktor.
  • Cermat dan teliti.
  • Personaliti yang dinamik.
  • Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
  • Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
  • Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
  • Terlalu degil dan keras hati.
  • Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
  • Tak suka marah kecuali digugat.
  • Mudah ambil berat terhadap orang lain.
  • Pandai muhasabah diri.
  • Cara berfikir yang lain dari orang lain.
  • Otak yang sangat tajam.
  • Pandai mendorong diri sendiri.
  • Tidak hargai pujian.
  • Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
  • Cuba sampai berjaya.
  • Badan yang sasa.
  • Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
  • Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
  • Suka duduk d irumah.
  • Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
  • Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
  • Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
  • Bercita-cita tinggi.
  • Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah
DISEMBER
  • Sangat setia dan pemurah.
  • Bersifat patriotik.
  • Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
  • Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
  • Bercita-cita tinggi.
  • Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
  • Seronok bila didampingi.
  • Suka bercampur dengan orang.
  • Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
  • Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
  • Tidak pandai berpura-pura.
  • Cepat marah.
  • Perangai yang mudah berubah-ubah.
  • Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
  • Benci pada kongkongan.
  • Suka berlawak.
  • Pandai buat lawak dan berfikiran logik